Wednesday, November 18, 2009

TAHFIZ BAYU SYAHADAH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya Nazrey Johani, selaku pengerusi projek pembinaan KOMPLEKS PENGAJIAN TAHFIZ BAYU SYAHADAH ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt, Rabbul 'alamin, kerana dengan keizinan-NYA, projek pembinaan sekolah tahfiz di Sabah ini telah mula mengorak langkah sedikit demi sedikit berkat kesungguhan kumpulan kami yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan projek ini dapat dijalankan dengan baik.

Seperti yang ramai dari kalangan masyarakat kita sedia maklum, di Sabah, pembelajaran ilmu-ilmu agama agak kurang dan tarbiyyah keagamaan dari segi rohaninya, zahirnya, mahupun batinnya agak menyedihkan jika dibangdingkan denan negeri-negeri lain di semenanjung. Masalah sebegini tidak boleh dipandang ringan, bukan sahaja di Sabah, bahkan di seluruh dunia sekalipun.

Dengan demikian, saya bercadang untuk mendirikan sebuah sekolah tahfiz di negeri kelahiran saya sendiri bagi melahirkan lebih ramai generasi yang beriman, beramal dan bertaqwa yang akan menjadikan perjuangan agama Allah sebagai matlamat hidup. Namun semua ini tidak akan tercapai tanpa sokongan ikhlas daripada tuan-tuan. Ayuh marilah kita bersama-sama menyumbang untuk saham akhirat yang akan menjadi bekalan untuk kita di sana kelak, insyaAllah.

Akhir kata, saya dahulukan sokongan tuan puan dengan lafaz jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa tuan puan di akhirat kelak. Memang benarlah janji Allah, selangkah kita pada-NYa, SERIBU LANGKAH-NYA pada kita.

Nazrey Johani

8 comments:

  1. Assalam...
    Tumpang bertanya... tak ada bank akaun yg kami bolih on line contribution?... Tq.

    ReplyDelete
  2. Salam....
    saya juga ingin bertanya mengenai akaun bank yang boleh di salurkan terus....???

    ReplyDelete
  3. salam

    ana rasa salah satu cara utk dapatkan dana dgn membuat nasyid amal. insyaAllah ada dana nya nnt. tp pastikan semuanya tidak melanggar hukum Islam ketika nasyid tu nnt insyaAllah

    suara wanita bukan aurat tp haram bila dimerdukan dan didengar oleh bukan mahram. so, xyah la ada nasyid wanita. kedudukan penonton juga perlu ditetapkan agar tidak bercampur laki dan wanita. dan lain2 perkara yg berkaitan perlu diutamakan agar duit yg diperolehi nnt diberkati dan diredhai oleh Allah insyaAllah. semoga usaha saudara dipermudahkan dan diberkati olehNya aamiiiin

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Nazrey, saya ingin memberikan sumbangan khidmat perundingan infrastruktur, perisian dan perkakasan IT untuk tahfiz yang dimaksudkan didalam MHI pagi ini. Saya boleh dihubungi di ashraf (a) innofacts.com. Tq.

    ReplyDelete
  5. salam,
    saudara nazrey,saya ingin bertanya macammana syarat kelayakan untuk pelajar di sini,adakah untuk pelajar sekolah menengah sahaja, atau dibuka untuk peljar diploma juga,terima kasih

    ReplyDelete
  6. Ya Allah berkatila usaha mereka dan permudahkanla urusan sekolah tahfiz ini...amiin

    ReplyDelete
  7. Ya Allah berkatila usaha mereka dan permudahkanla urusan sekolah tahfiz ini...amiin

    ReplyDelete